Perpaduan merujuk kepada suasana ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah negara. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Hal ini kerana isu perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang baharu di negara kita bahkan telah menjadi topik perbualan hangat di media sosial dan dikalangan rakyat Malaysia. Tidak dinafikam bahawa jurang ekonomi dan pendidikan juga menjadi antara faktor yang menyumbang kepada isu ini selain gerakan politik yang berteraskan kaum dan agama. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, oleh itu langkah-langkah yang sistematik haruslah dilakukan secara berterusan agar masalah ini boleh diselesaikan dengansegera dan efektif. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?
Menerapkan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa dapat dijadikan sebagai alat untuk berkomunikasi sesama individu.Sebagai contoh individu dalam masyarakat kini perlu menggunakan Bahasa yang dapat difahami untuk menjalankan perniaagaan, berkomunikasi dan sebagainya supaya aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lebih lancar dan kekeliruan dapat dikurangkan. Selain itu, ibu bapa perlu menggunakan bahasa melayu di rumah bersama anak-anak supaya mereka lebih terbiasa dengannya kerana merentung buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah ia dapat memupuk semangat patriotik dalam diri. Pada waktu yang sama, masalah polarisasi kaum dalam kalangan pelajar semakin berleluasa. Sekiranya hal ini tidak dibendung ia akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara. Penggunaan bahasa yang berlainan adalah faktor utama masalah ini.
Dalam pada itu, kita perlulah menitikberatkan penjagaan budi bahasa dan akhlak sebagai seorang rakyat Malaysia. Tidak ada kerugiaan sekiranya kita menghormati kepercayaan setiap kaum kerana dengan ini hubungan antara kaum semakin erat. Pepatah disebabkan mulut badan binasa sudah mengatakan bahawa orang yang mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku disebabkan percakapan kita. Disebakan oleh itu, hal ini tidak sepatutnya dipandang ringan oleh semua pihak tidak kira pelajar mahupun orang dewasa. Kelebihan menjaga budi bahasa dan akhlak juga dapat menyerlahkan jati diri rakyat Malaysia sekaligus akan dipandang tinggi oleh negara luar. Dengan berbuat demikian, bukan sahaja perpaduan semakin teguh malah dapat memantapkan imej negara.
Selain itu, terdapat cara yang mudah iaitu dengan mengadakan gotong royong di kawasan kejiranan. Dengan ini, kita dapat berkenalan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran tetangga. Sebagai contoh, kita tidak pernah berjumpa atau berbual dengan mereka jadi dengan berlangsungnya aktiviti ini ia dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa. Aktiviti dijamin efektif kerana seperti pepatah sambil menyelam minum air kawasan kejiranan bersih dan hubungan antara rakyat semakin akrab.
Aktiviti Sukan dan Permainan yang dijalankan boleh memupuk perpaduan kam di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung pelbagai kaum di Malaysia. Pada masa yang sama, satu perkara perlu diselesaikan iaitu dengan memecahkan monopoli suka dan permainan yang dikuasai satu kaum sahaja seperti bola keranjang dan ping pong. Dengan harapan bahaa nanti pasuka sepak takraw misalnya, mampu diwakii oleh pelbagai kaum bukan sahaja kaum melayu. Dalam konteks ini, suka bola sepak dan hoki bole dijadikan teladan. Dengan semua kaum berganding bahu untuk mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa ia juga akan menanamkan semangat cinta akan negara pada diri sekaligus meningkatkan imej negara.
Secara keseluruhan, semua pihak perlu sedar betapa pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Jangan kita sesekali leka serta memandang ringan akan perpaduan kaum supaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari kerana terlajak perahu bole diundur, terlajak kata atau tindakan buruk padahnya. Oleh itu, untuk menjadikan langkah langkah ini dijalankan secara efektif pihak kerajaan dan semua rakyat Malaysia haruslah berganding bahu bersama untuk mengekalkan keharmonian negara. Pelbagai usaha ini dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.
-NADIAAQILAH1057-



Comments
Post a Comment