Perpaduan dapat diertikan sebagi hubungan erat bersifat
tolenransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matamata Bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata
lain, perpaduan adalah proses menyatu padukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identity dan nilai Bersama serta perasaan cinta dan banggakan
negara. Di samping itu, definisi perpaduan menurut kamus Bahasa Melayu terbitan
Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan,persesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakatan dan
sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, Pendidikan bermaksud sesuatu proses
belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah
memantapkan atau mengukukuhkan sesuatu
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa , agama dan budaya kerana keharmonian dan kemkmuran antara kaun serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia
KEPENTINGAN PERPADUAN
Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun pendududk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan,tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagi sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasdengan inya masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan konkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalaah warisan daropada warisan nenek moyang yang harus kekalkan agar 'tak lapuk dek hujan tak lekang dipanas'
Selain itu,perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat
assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau
dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing'.Semangat assabiah ini akan
menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh
terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan
Dasar Apartied. Dasar Apartied ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan
antara golongan berkulit putih dengan golongan kulit hitam. Akibatnya wujudlah
pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna
kulit.Sebagai iktibar, masyarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi
mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Disamping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah
perpaduan yang membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong untuk mengenali dengan lebih
dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat
hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara
akan berkembang dengan kemasukkan pelacong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari
luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,
perpaduan akaum yang mampu, meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan negara lain
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat
Malaysia juga perlu memaikan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara
kekal dalam kemerdekaan.Semoga tahun
kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk
menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan
'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semnagat warganegara Malasia digeruni
oleh negara luar .
by_Fadhlin1067
Comments
Post a Comment