Perpaduan antara rakyat di Malaysia mempunyai keistimewaan dan dipandang tinggi oleh negara lain. Disebabkan itu, banyak negara yang mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya serta mempunyai keharmonian antara kaum bagai air dicincang tidak akan putus.
Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang hidup aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah melayu, india dan cina. Melayu adalah kaum yang beragama Islam, berbahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu. Ia merupakan kaum yang terbesar dengan membentuk 54% penduduk di Malaysia. Oleh itu, kaum melayu juga mepunyai pengaruh yang besar dalam arena politik.Selain itu, kaum Cina merupakan kaum tkedua terbesar selepass melayu. Mereka mewakili 25% daripada penduduk di Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai baraat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama beragama Buddha atau Kristian dan mempunyai dialek seperti Hokkies, Kantonis, Hakka dan Teochew. Mereka lebih dominan dalam bidang ekonomi.India pula membentuk 7.5% daripada populasi di Malaysia. Kebanyakkan daripada mereka beragama Hindu dan bertutur Tamil,Malayalam dan Hindi.Tambahan lagi, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera yang lain.
Pada masa yang sama, demi mengukuhkan lagi perpaduan kepelbagaian agama perlu diberi keutamaan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, minda masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara kita demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
Dalam pada itu, sambutan hari perayaan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil mengeratkan hubungan antara kaum.
Sebagai contoh, wujudnya hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan dapat memupuk amalanziarah-menziarahi, saling tolong-menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana ia dapat menyerlahkan keunikan budaya dan adat resam semua kaum yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan kaum, malah menjadi titik permulaan bagi Malaysia dalam mencapai matlamnat sebagai negara yang aman dan harmoni.Sementara itu, di Malaysia bukan sahaja kaya dengan pelbagai adat dan budaya malah pelbagai makanan tradisional juga popular. Ia terbahagi dua iaitu makanan kering dan makanan basah. Antaranya ialah Nasi Lemak, Tosai dan Dim Sum. Kuihnya pula ialah Dodol, Kuih Bulan dan Vadai.
Secara keseluruhan, pelbagai faktor yang perlu dititikberatkan semua pihak bagi mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Jika dilihat dari sudut lain, jika hal ini dihiraukan peristiwa hitam13 Mei pada tahun 1969 yang merupakan inseiden rusuhan kaum mungkin akan berulang. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk perpaduan di Malaysia untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju.
-BY_NADIAAQILAH1057-







Comments
Post a Comment