KELEBIHAN PERPADUAN KAUM

 

KELEBIHAN PERPADUAN KAUM  DALAM KALANGAN MASYARAKAT


1. MASYARAKAT HIDUP DENGAN AMAN DAN HARMONI 

-Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum bebas dalam melakukan aktiviti keagamaan mereka, mengamalkan adat istiadat, serta melakukan aktiviti perkauman. Masyarakat juga dapat menyambut perayaan mereka dengan penuh perasaan gembira tanpa rasa takut.



2. PERPADUAN KAUM MENJADIKAN NEGARA AMAN DAN TENTERAM

-Keadaan ini membolehkan kerajaan menjalankan sebarang perancangan bagi memajukan negara dapat dijalankan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Contohnya, kerajaan dapat membangunkan pembangunan yang baru yang dapat memberi manfaat kepada rakyat seperti taraf hidup rakyat yang akan meningkat serta isu pekerjaan diberikan sama rata antara semua kaum supaya tidak menimbulkan isu ketidakpuasan hati antara kaum. Hal ini dapat membuktikan bahawa negara dapat mengelakkan dari segala pertempuran dan huru-hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat. 




3. PIHAK KERAJAAN DAPAT MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA 

-Keadaan negara yang aman damai dapat menarik perhatian pelbagai pelancong dari luar negara. Secara automatik, ianya dapat mengharumkan nama negara serta ekonomi negara juga akan meningkat. Disamping itu, dengan kedatangan pelancong luar, ia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat. Kadar pengangguran dalam negara juga akan semakin berkurang serta peratusan rakyat yang bekerja akan semakin meningkat dan dapat menyumbang dalam kenaikan taraf negara. 



4. DAPAT MENAIKKAN IMEJ  NEGARA DI MATA NEGARA LAIN

- Perpaduan antara kaum dapat membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik. Terdapat pelbagai negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam memerintah negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagai pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.






~by nurin_1063


Comments