FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA KAUM



 Terdapat beberapa faktor yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Antaranya ialah :

AGAMA DAN KEBUDAYAAN 

 ~Setiap kumpulan etnik mempunyai
agama dan kebudayaan yang 
berlainan. Setiap kaum pula mempunyai
adat resam, bahasa, kesenian, 
budayadan sistem nilai yang berbeza.
Masing-masing kurang mengenali,
memahami dan seringkali menganggap
mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini
menguatkan perasaan buruk sangka
yang menghalang pergaulan baik antara
pelbagai kaum.



SISTEM PENDIDIKAN, PERSEKOLAHAN
 DAN BAHASA YANG BERLAINAN
 
 ~Laporan menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, dapat menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat disamping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

PERBEZAAN POLITIK MENGIKUT
BANGSA, KAUM DAN ETNIK

~Kewujudan persatuan politik, 
sosial dan ekonomi berdasarkan 
bangsa, kaum dan etnik tertentu 
telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan
perasaan prasangka negetif kerana
setiap kumpulan hanya memperjuangkan
hak dan kepentingan kumpulan                    tertentu sahaja. Parti-parti politik yang
berasaskan kepada suku kaum juga
memainkan pelbagai isu sensitif seperti
bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan
lagi masalah perpaduan.

AMALAN EKONOMI YANG BERLAINAN

~Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan rasa serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.


DASAR PENJAJAH BRITISH

~Penjajah British mengamalkan 
dasar pecah dan perintah yang
menjarakkan kumpulan-kumpulan 
etnik demi kepentingan dan 
keselamatan mereka sendiri.  
Penjajah sengaja menentukan 
status dan peranan yang berlainan 
bagi kaum yang tertentu. Interaksi 
antara kaum menjadi terbatas dan 
lahirlah sikap prasangka negatif 
yang kukuh antara rakyat tempatan 
yang berbilang etnik. 

by farhana_1055


 

                                                                               

Comments