CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM

CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM





Terdapat beberapa faktor yang merintangi atau setidak-tidaknya berpontensi untuk menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia, terutama dalam kalangan golongan belia. Antara faktor- faktor yang didapati telah berjaya merintangi usaha-usaha ke arah perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini ialah ketidakfahaman sesuatu kaum itu tentang budaya dan adat resam sesuatu kaum yang lain, proses sosialisasi antara kaum yang terhad, suasana politik dalam negara yang berasakan kaum dan cabaran mentaliti 

Tidak Memahami Budaya Dan Adat Resam Kaum Lain




Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan budaya kaum sendiri sahaja. Mereka jarang bergaul dengan kaum-kaum yang lain. Justeru, Kefahaman mereka terhadap budaya dan adat resam kaum kaum lain menjadi dangkal. Kebanyakkan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat jika ada Melayu lain yang tinggal berhampiran dengannya, walaupun Melayu yang hampir dengannya bukan saudara-mara atau sahabat-handainya. Begitu juga perihalya dengan Cina dan India, mempunyai rasa yang serupa. Apabila tiada interaksi antara kaum, maka akan rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain

Proses Sosialisasi yang terhad


Rakyat berbilang kaum di Malaysia terutama golongan muda dibesarkan dalam kepompong budaya dan persekitaran etnik yang berlainan. Mereka tidak bersosialisasi bersama. Apa itu proses Sosialisasi bermula sejak seseorang individu dilahirkan. Seseorang individu itu mempelajari dan menerima nilai-nilai, sikap, kemhiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya, dan seterusnya menyatukannya ke dalam kelomok kaum atau masyarakatnya. Sosialisasi adalah suatu proses sepanjang hayat yang dilalui oleh seseorang individu ( Chew Peh T. 1979,120)



Suasana Politik dalam Negara yang berasaskan Kaum

Tidak dinafikan bahawa suasana politik di Malaysia ini sememangnya
berasaskan kaum. Kaum Melayu mempunyai parti politinya sendiri yang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu , iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Selain daripada UMNO, sesetengah orang melayu menganggotai Parti Islam SeMalaysia atau PAS yang juga memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam. Begitu juga dengan kaum Cina dan India yang mempunyai Persatuan Cina Malaysia atau MCA dan Kongress India Malaysia atau MIC, yang mana kewujudan parti parti politik ini dalah memperjuangkan hak dan kepentingan kaun Cina dan India di negara ini. Selain daripada MCA,kaum Cina juga sesetengahnya menganggotai parti politik seperti Gerakan dan Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Bagi kaum India pula sesetengah daripada mereka menganggotai Parti Progresif  Rakyat atau PPP.Di Sabah dan Sarawak juga wujud parti-parti politik yang berasakan kaum tertentu seperti Parti Bangsa Dayak Sarawak atau PBDS yang majoritinya dianggotai oleh orang Iban, Parti Pesaka Bumiputeraatau PBB yang majoriti anggotanya ialah kaum Melayu dan Melanau, Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau SUPP atau PBS, yang mana majoriti anggotanya ialah orang-orang Kadazan-Dusun 

Stereotaip 


Dalam ilmu Sosiologi, stereotaip bermaksud pernyataan-pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu yang wujud atau terbentuk di dalam pemikiran atau minda seseorang. Individu yang mempunyai tanggapan negatif  terhadap sesuatu kaum itu tidak akan dapat bertindak secara objektif dalam perhubungannya dengan kaum tersebut. Tindakan seseorang individu atau sesuatu kaum yang terbina hasil daripada stereotaip ini biasanya 
bersifat berat sebelah atau bias, dan selalunya tidak objektif ( Ahmad 2006, 11) 



Antara contoh-contoh stereotaip yang pernah didengari:
-Orang Melayu dikatakan sebagai satu kaum yang malas bekerja,berasa selesa dengan konsep ' ala kadar ' atau ' cukup makan 'sahaja
-Orang Cina dikatakan tidak ada perkara lain lebih penting dalam hidup mereka di dunia ini melainkan fatt choy ( buat duit ) atau fatt dai choy ( buat lebih banyak duit )

Prasangka ( prejudis )


Kaum- kaum di Malaysia telah didapati berprasangka atau prejudis antara satu sama lain. Prasangka ialah pernyataan, pandangan, pendapat atau tanggapan yang dilemparkan oleh sesuatu kaum itu terhadap kaum lain tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh. Prasangka merupakan suatu sikap ( biasanya negatif ) terhadap individu atau kelompok kaum kerana ciri-ciri tertentu seperti ras ( bangsa atau kaum), jantina, agama, pekerjaan dan kelas sosial. Prasangka biasanya bersifat prejudgment, iaitu sikap yang terbentuk sebelum mengetahui fakta-fakta yang sebenarnya. Sikap ini tidak berubah walaupun individu atau kaum telah didedahkan dengan pengetahuan dan bukti-bukti baru ( Chew Peh. T 1979, 104 ). Prasangka merupakan suatu keadaan pemikiran. Prasangka atau prejudis ini memberikan beberapa kesan sosial ia dapat membangkitkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.


BY_Fadhlin1067




Comments